Perihal Air

•April 7, 2008 • Leave a Comment

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:

Pada 10/10/02 (Khamis), Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Diantaranya : Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi” Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik.

Lalu professor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. “Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau. … Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah. …. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”. Wassalam.

Balasan syurga bagi orang menahan marah, nafkahkan harta

•January 14, 2008 • Leave a Comment

Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus – BH
SETIAP muslim bercita-cita untuk masuk syurga. Beruntunglah bagi mereka yang dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT. Mereka adalah orang yang taat kepada Allah SWT dan sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada perkara dilarang-Nya.

Allah SWT menjelaskan mengenai sifat mereka yang akan masuk syurga, yang pertama ialah mereka suka menafkahkan harta pada jalan Allah SWT sama ada di waktu senang mahupun susah.

Firman Allah yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit.” (Surah ali-Imran, ayat 134)
Sifat kedua yang ada pada ahli syurga, mereka adalah orang yang kuat menahan sifat marahnya dan suka pula memaafkan orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menahan amarahnya serta memaafkan (kesalahan) orang.” (Surah ali-Imran, ayat 134)

Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaannya ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk.

Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Pelihara solat walau dalam apa keadaan

•December 19, 2007 • Leave a Comment

Pelihara solat walau dalam apa keadaan

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMMAD AL-BAKRI – BH

FIRMAN Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah: 239)

Sayid Qutub berkata: Agama ini sungguh mengkagumkan. Ia adalah agama ibadat, iaitu ibadat dalam segala bentuk rupa dan solat itulah judul utamanya, dan menerusi ibadat manusia dapat sampai ke makam yang setinggi-tingginya.

Menerusi ibadat juga Allah mengukuhkan pendiriannya di dalam kesusahan dan mendidik dirinya dengan baik di dalam kesenangan dan kemewahan. Seterusnya melalui ibadat juga Allah memasukkannya ke dalam kedamaian dengan seluruh jiwa raganya dan melimpahkan ke atasnya nikmat keamanan dan kesejahteraan.

Mengancam

Oleh sebab itulah ibadat solat diberi perhatian yang begitu tinggi walaupun ketika pedang terhunus di tangan dan pedang musuh mengancam di lehernya.

Apabila berada dalam suasana aman, maka hendaklah mereka dirikan solat biasa yang diajarkan Allah kepada kaum Muslimin dan hendaklah mereka mengingati Allah sebagai bersyukur terhadap apa yang diajarkan Allah tentang hal-hal yang tidak diketahui mereka.

Firman Allah Taala: Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, Al-Mawardi berkata: Ulama telah khilaf kadar solat mereka. Jumhur telah berpendapat dengan dua rakaat. Sedangkan al-Hassan satu rakaat sahaja jika dalam ketakutan.

Sayid Qutub berkata: Jika seseorang itu menghadapi ketakutan yang tidak memberi peluang untuk mendirikan solat dengan menghala ke kiblat, maka solat hendaklah ditunaikan terus tanpa terhenti. Dan di sini yang menunggang binatang dan yang berjalan kaki dan sibuk bertempur dan menghindari bahaya dibenarkan menghadap ke arah mana sahaja yang sesuai dengan keadaannya dan bolehlah ia membuat isyarat-isyarat yang ringan untuk sujud dan rukuk.

Solat ini berlainan daripada solat yang dinyatakan kaifiatnya di dalam surah an-Nisa’. Kerana solat yang diterangkan di dalam surah an-Nisa’ itu adalah dikerjakan dalam keadaan, di mana kedudukan medan perang membenarkan diletakkan satu saf makmum yang mengawalnya, kemudian datang pula saf yang kedua pula bersembahyang serakaat sementara saf yang pertama yang telah telah bersembahyang kali yang pertama tadi berdiri mengawalnya.

Tetapi jika keadaan ketakutan itu bertambah dan pertempuran sedang berlaku, maka solat yang disebut dalam surah al-Baqarah di sini yang diamalkan.

Perintah solat ini amat mengkagumkan. Ia menunjukkan bagaimana pentingnya solat pada pandangan Allah yang menyarankan kepada hati kaum Muslimin bahawa solat selaku senjata untuk menghadapi ketakutan dan kesusahan. Oleh sebab itu solat tidak seharusnya ditinggal di saat-saat ketakutan yang sedang memuncak.

Solat adalah senjata. Oleh kerana itu ia ditunaikan oleh pejuang Islam di medan pertempuran ketika pedang terhunus di tangannya dan ketika pedang (musuh) menghayun di atas kepalanya. Ia tetap menunaikan solat kerana solat adalah senjata Mukmin sama seperti pedang yang terhunus di tangannya. Solat adalah perisai Mukmin sama seperti perisai yang melindunginya. Ia menunaikan solat untuk berhubung dengan Allah di saat-saat yang paling diperlukannya, di saat-saat yang dirasakannya paling dekat kepada Allah, iaitu ketika ketakutan mengepung di sekelilingnya.

Firman Allah Taala: Kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna),

Al-Baghawi berkata: Maksud zikrullah ialah solat lima waktu yang sempurna dengan segala haknya.

Ibnu al-Arabi berkata: Allah s.w.t. memerintahkan supaya solat dipelihara dalam segenap keadaan, sama ada ketika sihat, sakit, bermukim, bermusafir, ketika kuat, ketika lemah, ketika takut dan ketika aman. Kewajipan solat tidak gugur daripada orang yang mukalaf dengan apa keadaan sekalipun dan kefarduannya tidak terjejas sedikitpun.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Solatlah sambil berdiri, kalau engkau tidak mampu solatlah sambil duduk, kalau engkau tidak mampu solatlah sambil mengiring.

Baginda bersabda dalam hadis sahih daripada riwayat Ibnu Umar berkaitan solat ketika takut:Jika ketakutan itu lebih kuat daripada yang demikian, maka solatlah sama ada secara berdiri atau berkenderaan, menghadap kiblat atau tidak mengadap kiblat.

Rasulullah s.a.w. pernah menunaikan solat khauf (semasa dalam ketakutan ) beberapa kali dengan pelbagai cara. Kami telah menyebutkannya secara terperinci dalam kitab-kitab hadis. Tujuannya untuk memberitahu bahawa solat hendaklah didirikan bagaimana cara yang terdaya dan kewajipannya tidak gugur dalam keadaan apa sekalipun. Meskipun ia hanya mampu dilakukan secara mengisyaratkan dengan anak mata maka ia mesti dilakukan.

Begitu juga jika tidak mampu, digerakkan anggota tubuh yang lain. Dengan pengertian ini maka solat berbeza daripada ibadat-ibadat yang lain. Hal ini kerana ibadat yang lain gugur kewajipannya apabila terdapat keuzuran dan diberikan rukhsah (keringanan) yang lemah. Sebab itulah para ulama kami mengatakan solat ialah persoalan yang paling besar: Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat dihukum bunuh kerana solat menyerupai imam yang tidak boleh gugur dalam apa jua keadaan. Mereka menyatakan solat salah satu tunggak agama Islam yang tidak boleh digantikan dengan batang tubuh orang lain atau harta benda. Orang yang meninggalkannya perlu dihukum bunuh. Tunggak asalnya ialah dua kalimah syahadah.

Abu Hanifah mengatakan: Berperang menyebabkan solat itu menjadi rosak (batal). Kami telah menolak pandangannya dengan mengemukakan dalil melalui jalan periwayatan Ibnu Umar dan keterangan zahir ayat al-Quran ini merupakan dalil terkuat yang dapat menolak pandangan beliau.

Sonhaji berkata: Tetapi jika telah berada dalam keadaan aman kembali atau tidak berada dalam ketakutan lagi maka sembahyanglah seperti biasa. Sebutlah dan ingatlah kembali kepada Allah.

Firman Allah Taala: Sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Al-Alusi berkata: Faedah menyebut maf’ul fih di sini sekalipun manusia tidak mengetahui kecuali apa yang tidak diketahui secara jelas dengan menyebut keadaan jahil yang berpindah daripadanya. Maka ia lebih nyata dalam kurniaan.

Sebagaimana Dia telah mengajarkan kamu apa yang kamu tidak ketahui yakni mengisyaratkan bahawa Allah mengurniakan kita nikmat ilmu pengetahuan, kalaulah tidak dengan adanya hidayat dan tunjuk ajar-Nya tiadalah dapat kita mengetahui sesuatu. Maka kepada-Nya terserah segala pujian.

Iktibar Ayat

- Solat tidak gugur dalam apa jua keadaan sekalipun.

- Solat merupakan ibadat yang mulia sebagai hubungan antara hamba dengan tuhannya.

- Pensyariatan solat khauf semasa dalam ketakutan atau peperangan menandakan kepentingan solat.

Fikirkan untuk aku :p

•December 12, 2007 • Leave a Comment

Kenapa kita tak penah terpikir selama ni??!!

Ahmad
Ahmad miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat
kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun.
baju tu skarang berharga rm45.
die bayar then die dapat baki rm5.
die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
die tinggal rm3.
die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
so die hutang rm48.
die ade rm3 skarang.

rm48+rm3= rm51

kenapa boleh ade rm51? sedangkan die pinjam rm50.?
Ali

Ali miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat
kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun.
baju tu skarang berharga rm44.
die bayar then die da pat baki rm6.
die bagi kawan A rm2 dan die bagi kawan B rm2.
die tinggal rm2.
die hutang kawan A rm23 dan die hutang kawan B rm23.
so die hutang rm46.
die ade rm2 skarang.

rm46+rm2= rm48

mana lagi rm2?
Abu

Abu miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat
kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun.
baju tu skarang berharga rm47.
die bayar then die dapat baki rm3.
die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
die tinggal rm1.
die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
so die hutang rm48.
die ade rm1 skarang.

rm48+rm1= rm49

kenapa jumlah duit dia jadi rm49? Ke mana hilang rm1?

Berdoa hendaklah berterusan ketika susah, senang

•December 3, 2007 • Leave a Comment

Berdoa hendaklah berterusan ketika susah, senang
Oleh Zahari Hasib (BH)

SETIAP kali selepas menunaikan solat lima waktu, kita digalakkan memanjatkan doa kepada Allah memohon supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan petunjuk serta hidayah semoga kita tergolong sebagai hambanya yang terhindar daripada azab api neraka.

Sesungguhnya doa adalah sebahagian daripada pelengkap ibadat yang wajar dilakukan seluruh umat Islam kerana Allah suka mendengar doa hamba-Nya.

Berkata seorang sahabat Rasulullah SAW, Fudalah Ibnil Ubaid: “Sesungguhnya Allah mendengar dengan penuh minat akan doa hambanya lebih daripada minat seorang tuan mendengar suara hamba perempuannya yang cantik sedang menyanyi.”

Doa adalah perbualan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah dan setiap yang dimohon akan didengar Allah. Allah tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya

Selepas berdoa disarankan supaya bertawakal kepada Allah supaya segala permohonan serta doa akan dimakbulkan. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suara yang perlahan serta bermohonlah kepada-Nya dengan perasaan takut serta penuh harapan, sesungguhnya rahmat Tuhan itu adalah dekat kepada orang yang berbuat kebajikan.”

Nabi Muhammad SAW berpesan kepada umatnya supaya sentiasa berdoa kepada Allah sama ada pada masa senang atau susah. Jangan sekali-kali berasakan terlalu lambat doa hendak dimakbulkan hingga kita cepat berputus asa daripada rahmat Allah.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Jika anda mengenang Tuhan pada waktu senang nescaya Ia akan mengenang anda pada waktu anda susah”.

Sesuatu yang sering diingatkan Nabi Muhammad SAW ialah supaya jangan memakan sesuatu yang haram, kerana doa daripada mereka memakan benda haram tidak akan dimakbulkan Allah.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang ingin supaya Tuhan memakbulkan permohonan doanya pada waktu susah dan sempit maka hendaklah ia memperbanyakkan doa pada waktu ia senang lenang.”

Tidaklah semestinya setiap doa itu akan segera dimakbulkan Allah. Oleh itu, kita sewajarnya jangan cepat berputus asa kerana dalam hal ini mungkin ada rahsia di sebaliknya atau padanya tersembunyi beberapa kebaikan dan manfaat yang tidak kita ketahui maksudnya.

Maka oleh itu adalah lebih afdal bagi kita untuk terus menerus berdoa kerana Allah sudah berjanji dalam firman-Nya yang bermaksud: “Bermohonlah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan segala permohonan kamu.”

Jika menoleh kembali ke zaman silam, nescaya kita dapati bahawa nabi, khalifah serta sahabat Rasulullah SAW sering memanjatkan doa serta bermohon kepada Allah supaya mereka diselamatkan daripada bencana atau musibah ancaman musuh.

Apa yang berlaku kepada Nabi Musa sewaktu baginda dikejar tentera Firaun, lalu Nabi Musa berdoa serta bermohon kepada Allah. Maka terbelah laut dan selamatlah Nabi Musa daripada ancaman Firaun durjana.

Demikian juga dengan Nabi Ibrahim yang dicampakkan ke dalam api, lantas Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah, lalu api itupun serta merta menjadi sejuk dan dingin. Sesungguhnya banyak doa ada hikmah dan fadilat tinggi, terutama doa sering dibaca Nabi Muhammad SAW.

Antara doa masyhur yang sering dibaca Nabi ialah: “Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah semua perkara kami berakhir dengan baik dan selamatkan kami daripada menerima malu di dunia dan mendapat azab di akhirat. Ya Allah ya Tuhanku, berikan kami rezeki yang halal dan jadikanlah kami seorang yang salih. Ya Allah ya Tuhanku, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada seksa api neraka.”

Sesiapa membiasakan dirinya berdoa sepanjang masa, nescaya akan terselamat serta terpelihara, mendapat kemenangan serta kebahagiaan. Sebaliknya, sesiapa tidak berdoa maka apabila ditimpa bencana atau musibah janganlah menyalahkan takdir Tuhan. Justeru, tidaklah Allah itu bersikap zalim dan kejam terhadap hambanya.

Antara doa paling cepat dimakbulkan Allah ialah doa orang yang sentiasa mengekalkan solat, doa orang bermusafir, doa mereka yang berpuasa dan doa mereka yang teraniaya.

Marilah kita menyedari hakikat bahawa doa mereka yang beramal salih adalah antara penyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan sesebuah masyarakat dan negara.

Segala bencana seperti kemarau, banjir, ribut taufan atau gempa bumi yang menimpa sesebuah negara adalah balasan Allah terhadap mereka yang melupakan perintah Allah.

Memang dari dulu aku amat mempercayai ke’ajaib’an doa. Dan balasan Allah. tapi aku tahu, aku hambaNya yang banyak ingkar, tak semua doa cepat dimakbulkan. Sesungguhnya Allah Maha mendengar, Maha mengetahui, Maha Mengasihani, Maha Kaya dan Maha Adil. Perkenankanlah doa yang kubaca setiap hari Ya Allah.. – Aminkanlah -

Memahami erti sebenar menutup aurat

•December 3, 2007 • Leave a Comment

Memahami erti sebenar menutup aurat
Oleh Masmawi Abdullah (BH)

WANITA zaman pasca moden ini, pakaian dan cara berpakaian sebahagian wanita sekarang gagal mencapai matlamat menutup aurat seperti dituntut Islam. Pakaian mereka hanya berjaya menutup kulit badan, tetapi masih tetap mempamerkan kecantikan dan keistimewaan bentuk serta susuk hingga boleh dikatakan, sama ada mereka berpakaian atau tidak, sama saja.

Tetapi itulah hakikatnya, mereka terbabit dengan amalan tabarruj iaitu perbuatan mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau anggota badan lain. Menurut al-Bakhari, tabarruj ialah wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.

Ketara sekali mereka yang berkenaan khususnya wanita yang mengakui Muslimat, tetapi sukar dikategorikan sebagai Mukminat, terlalu ingin memperagakan kecantikan diri atau keistimewaan sifat fizikal kewanitaan mereka.

Mereka berpakaian untuk menambahkan kecantikan, bukan untuk menutup aurat. Di samping itu, mereka bersolek dan menggayakan gerak serta lagak yang menarik ketika berada di luar rumah, sedangkan tidak demikian apabila berada di rumah.

Untuk mendapat perhatian orang ramai itulah mereka menghiasi diri dengan pakaian fesyen baru yang mengikut aliran semasa, indah serta mahal, diserikan dengan barang kemas mewah bergemerlapan, manakala wajah disolek bahan mekap berwarna-warni.

Pakaian mereka tidak berfungsi sebagai penutup aurat lagi, bukan untuk melindungi kecantikan daripada pandangan lelaki bukan mahram, sebaliknya mendedahkan habis-habisan. Sedangkan amalan itu ditegah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kalian (wanita Islam) tetap di rumah kalian berhias (bersolek) dan mendedahkannya (bertabarruj) seperti mereka lakukan oleh orang-orang jahiliah dulu.” (Surah al Ahzab, ayat 33)

Selain terbabit amalan tabarruj, tradisi berpakaian dan bersolek kalangan wanita moden sekarang membuktikan umat manusia akhir zaman terutama wanitanya, sudah jauh berundur ke belakang untuk kembali ke zaman kuno dan mewarisi cara hidup kolot manusia primitif zaman batu, atau setidak-tidaknya mengamalkan cara hidup zaman jahiliah.

Hal ini jelas sekali kerana bukankah amalan menghiasi muka dengan tempelan bahan mekap pelbagai warna yang dilakukan wanita moden sekarang sama dengan amalan menconteng muka yang dilakukan manusia primitif zaman kuno dulu?

Bukankah amalan mendedahkan aurat depan khalayak ramai yang dilakukan wanita moden ini adalah amalan wanita zaman jahiliah. Tidakkah ini satu kesinambungan antara tradisi zaman jahiliah dan tradisi zaman pasca moden ini?

Memang berlaku perubahan positif dalam hal berpakaian untuk menutup aurat di kalangan wanita Islam di negara kita dalam dekad mutakhir ini. Tetapi malangnya, perubahan itu tidak menyeluruh kerana masih ramai yang tetap dengan tradisi berpakaian mereka.

Jika ada yang memenuhi kewajipan menutup aurat, tidak memenuhi tuntutan mengikut kehendak hukum syarak. Contohnya, memang sudah ramai wanita memakai tudung tetapi pada masa sama, memakai baju dan kain atau seluar ketat yang jelas memperlihatkan bahagian tertentu badan mereka.

Berpakaian seperti itu sudah tentu tidak diterima sebagai menutup aurat, kerana menutup aurat dalam Islam bukan sekadar menutup kulit badan, tetapi melindungi rupa bentuk kulit semua bahagian anggota badan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak iaitu wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka.”

Maksud ayat itu sangat jelas, namun seolah-olah belum dapat difahami wanita. Buktinya mereka tidak mematuhi arahan menutup aurat itu sepenuhnya. Malah, ramai yang langsung tidak menghiraukannya.

Mereka sebenarnya mempersendakan hukum Allah apabila menutup kepala dan rambut sepenuhnya tetapi masih memperlihatkan bentuk anggota badan dalam pakaian yang ketat sendat atau mendedahkan bahagian anggota lain seperti kedua belah betis apabila memakai seluar, skirt atau sarung sempit yang berbelah di bawah.

Masih ramai lagi wanita yang enggan memakai tudung kepala, atau hanya menutup kepala dengan kelubung kecil, menampakkan bahagian depan dan ekor rambut. Ia juga adalah perbuatan yang boleh dianggap sebagai mempersendakan hukum Allah.

Demikian juga dengan amalan memakai tudung kepala pelbagai bentuk dan fesyen. Walaupun mereka berjaya menutup kepala dan rambut, namun masih mendedahkan tengkuk, leher serta sebahagian dada atau memperlihatkan bentuk dada dalam baju yang ketat.

Semua fenomena mendedahkan aurat itu adalah ciri amalan tabarruj, amalan kaum zaman jahiliah. Selain tradisi berpakaian, tradisi bersolek yang termasuk dalam amalan tabarruj kurang diberi perhatian. Seolah-olah larangan dalam hal ini tidak diketahui.

Keadaan wanita yang tidak terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang tidak keluar rumah, tidak bercampur-gaul dengan lelaki bukan muhrim dan apabila keluar, tetap memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya dan wajah mereka tanpa bersolek.

Golongan terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang keluar rumah dengan berpakaian tidak sopan atau berpakaian ala Barat, mendedahkan banyak bahagian aurat atau berpakaian sopan tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya atau berpakaian moden, ketat, singkat dan berbelah.

Allah mengetahui akibat baik dan buruk daripada segala tindak-tanduk hamba-Nya, termasuk akibat buruk daripada pendedahan aurat atau perlakuan tabarruj itu. Sehubungan itu, Allah mewajibkan wanita menutup aurat mereka.

Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Ni aku tujukan untuk diri aku gak. Sebab aku tau ada ramai yg memerhati dan tak terkecuali yang catit amalan aku sebelah kiri ni..

Temuduga Kerja : Apa Kunci Kejayaannya ?

•November 13, 2007 • Leave a Comment

Temuduga Kerja : Apa Kunci Kejayaannya ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Menurut statistik undian yang dikumpulkan di web ini. Kelihatan
jelas bahawa pelawat web zaharuddin.net kebanyakannya adalah
golongan muda berumur 22- 30 tahun, lelaki dan wanita.

Pada hemat saya, adalah amat baik jika saya memberikan sedikit
manfaat berkenaan kemahiran temuduga buat pengunjung terutamanya
bagi mereka yang masih dan sedang bergelumang dengan dunia mencari
pekerjaan dan temuduga.

Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di
industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang
lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga
calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke
atas, ‘Mumtaz’, ‘First Class’, ‘Distinction’ dan sebahagiannya
mempunyai Ijazah Sarjana.

Malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati
individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti
tetapi ianya tidak banyak membantu calon semasa temuduga.

Saya bimbang degan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di
Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan
serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa
yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang
seperti ‘batu’ semasa interview dan ada juga yang langsung tidak
mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan
kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus
buku mereka agaknya.

Saya bimbang, munculnya graduan yang cemerlang atas kertas kerana
kecekapannya menghafal silibus sahaja. Akhirnya, sekali dicuba di
alam realiti, tersungkur jatuh dengan sekali cubaan sahaja. Kerana
itu, bagi saya soalan peperiksaan perlu diolah dalam bentuk yang
lebih praktical dan mementingkan kefahaman berbanding hafalan semata-
mata.

Tidak dinafikan kita inginkan pelajar menghafal, tetapi adalah
hafalan berserta kefahaman sehingga bila dibawakan satu soalan dan
situasi mencabar, ia mampu menjawab dan mengadaptasikan formula
hafalannya dalam konteks semasa. Mampu memperkembangkannya dan
bukannya hafalan kosong.

Jika anda bagaimana seorang tukang masak biasa menjadi Chef yang
hebat. Jawabnya, adalah dengan mempelajari dan menghafal resipi asal
dari seorang guru, kemudian mencuba dan mempelbagaikan ramuan
sendiri. Akhirnya lahirlah resipinya sendiri dan rasa tersendiri.
Resipi asal hanya menjadi titik mula untuk menjadi kreatif. Itulah
nilai tambah yang dikehendaki dalam proses menuntut ilmu. Iaitu
memperkembangkan ilmu.

Mungkin kerana itu, pendedahan berpersatuan dan berprogram di
universiti amat penting dalam pembentukan graduan yang cekap dan
kreatif dalam menangani masalah dan soalan-soalan panel temuduga.

Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa
perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon
temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan,
terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga.
Namun masih boleh berkongsi pengalaman.

Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan
calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

Soalan Biasa

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau
Arab, soalan awal adalah :-

“Please introduce yourself” atau “Sila perkenalkan diri anda”

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi
temuduga.

Jawapan calon bagaimana?

“Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang,
saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini”

“saya sekolah tadika di…, “

“Saya sudah berkahwin dah punyai ….anak”

Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah
suatu kekurangan pada minda calon dan ‘disadvantages’ buat calon
tersebut.

Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal
yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-

1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan
Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan
kerja yang dipohon.

2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan
pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)

3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang
dipohon.

Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan
silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan
lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.

Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon
dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan
untuk berkenalan dengan calon.

Tahap Satu

Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan
soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil
calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya.
Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi
penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.

Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah
Executive di sebuah Islamic Bank.

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh
Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga
subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas)
dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.

Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat
mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang
berbeza.

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai
cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai
dengan kelulusannya) , dan sekarang calon memohon tugas sebagai
Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai
cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir
dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah
bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah
dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan
supervisor dan lain-lain”

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu
merit baik buat calon.

3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja
sekarang.

Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda
adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan
perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak
membantu,

Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal
memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang
mengatakan :

“Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat
pun sebenarnya”

Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.

4) Mengapa kerap menukar kerja?

Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi
anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini,
atau kata lainnya, ‘melompat-lompat’ .

Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah
sebahagian Managing Director dalam sektor ‘Oil & Gas’ pernah berkata
kepada saya :

“Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat
dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah
reject”

Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai
tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda
melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit
perlu anda sediakan.

Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu
yang kerap melompat sebagai :-

1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.

2) Gila pangkat.

3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.

4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-
lompat.

5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.

6) Kurang kemahiran interpersonel.

Tahap Kedua

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-

1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara
tangan semasa bercakap
3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan
yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan
bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu
jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan
syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu
tahap yang tinggi.

Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan
ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.

Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon,
walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal
ini. Antaranya :-

a- Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam
temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan
fakta.

Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu
menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk
kepada sumber-sumber tertentu.

Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan
amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan
intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.

Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah
terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak
yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,

“Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini”

b- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini
adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan
minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai
eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan
bukannya sekadar “InshaAllah” dengan lemah longlai serta ayat-ayat
yang tidak bermotivasi.

Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk
diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat
orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah
kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang
berbakat.

c- Merendah diri. Benar, merendah diri adalah satu sifat yang
terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan
dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk
melampau dan ‘over’ tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan
diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.

d- Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan
kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan
anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu debaran hati dan
jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja.

Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan
relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia
membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan
stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.

Tahap akhir

Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji
semasa anda, dan gaji yang dipohon.

Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon
mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.

Justeru, ‘expected salary’ mestilah melihat kepada ’salary scale’ di
dalam pasaran dan gaji calon sekarang.

Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif
di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-
lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang
pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.

Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah
berbanding kelulusan anda.

Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik
dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa,
jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak
kurang dari RM 3000 sebulan.

Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang
disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang
matang dalam sektor pekerjaan.

Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon
sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika
tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.

Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji
yang dijangka. Termasuk aspek :-

1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau
antarabangsa. Semuanya punyai ’scale’ yang berbeza.

2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan,
Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.

3) Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang
mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai
contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan
Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai
pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.

4) Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan.
Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan,
Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan
tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-
masing.

Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk
menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan
ditanya oleh panel,

“Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?”

Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada
panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan
bertanya lagi;

“Berapa minimum yang anda boleh agaknya?”

Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.

Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh
menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam
meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan
menyukai anda dan anda juga kelihatan ‘performed’ dalam temuduga,
bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian
sebaliknya.

Soalan Penutup

Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:

“Do you have any question?” atau ” Saudara/i ada apa-apa soalan?”

Kebanyakan calon akan mengatakan `Tiada soalan”

Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.

Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang
dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan
adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh.
Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama
syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun,
jika calon terlalu tidak ‘performed’ di peringkat awal temuduga,
soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan
panel.

Demikianlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat
bejkalan rakan-rkaan pengjung http://www.zaharudd in.net/ yang
majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan
berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba
sedikit persiapan karier anda agar lebih berjaya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-

Åä Çááå ÚÒ æÌá íÍÈ ÅÐÇ Úãá ÃÍÏßã ÚãáÇ Ãä íÊÞäå

Ertinya : Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila
ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya”
(Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya
iaitu Mus’ab bin Thabit, Ibn Hibban men `thiqahi’nya , dan majority
melemahkannya)

Menurut sebuah hadis sohih pula :-

Ertinya : “Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan
(professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka
apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila
kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu,
hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan
binatang yang disembelih” ( Riwayat Muslim, 3/1548 )

Kedua-dua hadis ini menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam
kerja. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga.
Moga Allah bersama kita sentiasa.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

7 November 2007

26 Syawwal 1428 H

menarik untuk dibaca, aku dulu main hentam je time interview (patutle xdpt yg power2) hahah. sekarang bila sesekali kene interview dh gabra je.

Siapa kata melayu tak makan babi?

•November 5, 2007 • Leave a Comment

GERUN LA DGR..DIFORWARD OLEH SEORNG HAMBA ALLAH. kita kena lebih
berhati2 -

Assalamualaikum semua,

bab cite fasal makan daging babi ni aku pun nak cite sikit la. kawan aku sendiri yg cite pengalaman dia ni. tiap2 mlm lepas habis keje dia selalu lepas kat kawasan gerai makan. Dia ngan bf dia la suka sangat makan mee kari. tokey nya cina pekerja nya indon. dia pun tak kesah le. satu mlm dia blk keje lambat, nak makan punya fasal pegi la jg kat kedai tu. nasib
baik le tokey tu reserved utk dia ngan bf nya tu. sambil makan tokey tu pun mencuci periuk belanga nya. nak jadi kan cite dia lak nak cari air basuh tangan. Nampak le tulang yg keluar dr periuk nya dia pun tanya. Eh pakai tulang ke masak kari, u kan tak makan daging.

” ooo ini bukan lembu ini pork maa baru sedap sikit masak kari, tak taruk tak sedap maa.”

uweeek dia pun muntah keluar semua isi perut.

Kata kawan aku rasanya nak minum air tanah jek nak samak peruk dia. Nak wat
mcm mn selama ni dah bergelen dia makan kari tu dah masuk dlm perut dia dah jd darah daging.

pendek cite nya lepas tu dia sebar kan hal yg jd kat dia kat semua org yg dia kenal. lepas tu cina tu bungkus tak tau pindah mn gerainya.

Moralnya : Jgn makan kat kedai cina walaupun staff nya indon atau pun
ada logo halal. Cina ni semuanya nak menjahanam kan kita.

MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain saperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim.

Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept….
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai k ulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi. Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan .

Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik.Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting.

Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan beliau telah merayau-rayau dikawasan sekitar. Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja
beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan. Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging ayam dan babi tersebut dicampur dan di gaul bersama kemudian dijadikan burger.

Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk.

Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

Lu ingat itu supplier cukup ka u ntuk supply satu Malaysia (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap kata “SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI”, menyirap darah bapanya.

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang
jumpa,kilang tersebut pun tak ade. Mungkin dah pindah bila menyedari ada
orang melayu dah tahu aktiviti beliau.

P/S Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang
bercampur dengan daging babi.

Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia.
Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.
Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja.
Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi
orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu.

geli dengar mende2 yang tak diketahui ni masuk dalam darah kita. mana kita tahu makan2 kat hotel pun ’sure’ ade le unsur2 haram tu. macamana pulak sikap generasi akan datang sbb generasi yang kita ni pun dah tak berapa jaga halal haram; nak harap cop jakim je (termasuklah aku). sebab tu doa makan aku selalu tambah ‘bismillahillazi laa yadhurru ma’asmihi syai un fil ardhi wahuassamii’ul ‘alim’ moga2 apa yg aku makan, rezki Allah dari langit dan bumi insyaAllah tak beri mudharat pada kita..

HIDUP cuma ada…

•November 5, 2007 • Leave a Comment

*A very good reminder to all of us inclusive myself…*

*Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan,bermakna ada kawan
yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api
neraka..Jangan marah,jangan upset..jangan fikir kita dah cukup tahu semua
bende..Kengkadang kita perlu kepada PERINGATAN…Jadi selalu-selalu lah kita
hangat menghangatkan perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau
dari kita kecik2 lagi…Wallahhualam… *

*Wassalam.*

*”HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:**
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.* *
**
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:**
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. **

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :**
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
**
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :**
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT … Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan** **mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem …
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya … lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita …
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang …
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
… di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.* *

Al-Hadith : Kelebihan Menjadi Orang Kaya

•October 30, 2007 • Leave a Comment

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya kaum fakir dari golongan
sahabat-sahabat Muhajirin sama mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka
berkata: “Orang-orang yang berharta banyak itu pergi dengan membawa darjat
yang tinggi-tinggi serta kenikmatan yang kekal.”

Rasulullah s.a.w. bertanya: “Mengapa demikian?”

Mereka menjawab: “Kerana mereka dapat bersolat seperti kami, mereka berpuasa
sebagaimana kita berpuasa, mereka bersedekah, sedangkan kita tidak dapat
bersedekah dan sedangkan mereka dapat memerdekakan dan kita tidak dapat
memerdekakan itu.”

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: “Sukakah engkau semua saya beritahukan akan
sesuatu amalan yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai pahala orang
yang mendahuluimu dan pula dapat mendahului orang yang sesudahmu. Juga tiada
seorang pun yang menjadi lebih utama daripadamu semua, melainkan orang yang
mengerjakan sebagaimana amalan yang engkau semua lakukan ini?”

Para sahabat menjawab: “Baiklah, ya Rasulullah.”

Beliau kemudian bersabda lagi: “Bacalah tasbih (Subhanallah) , takbir (Allah
Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) setiap selesai bersembahyang sebanyak tiga
puluh tiga kali masing-masing. “

Selanjutnya kaum fakir dari golongan sahabat Muhajirin itu kembali
mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: “Saudara-saudara kita
golongan yang hartawan-hartawan itu telah mendengar mengenai apa yang kita
kerjakan ini, oleh sebab itu mereka pun mengerjakan sebagai yang kita
lakukan itu.”

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: “Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah
yang dlkurniakan oleh Nya kepada siapa saja yang dikehendaki. “

(Muttafaq ‘alaih)